Ciri-ciri stesen Stesen_MRT_Semantan

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint atau Jalan Semantan berhampiran Persimpangan Semantan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak pejabat di sekitar stesen seperti Wisma HRDF, Menara Manulife Insurans, Plaza Zurich, Wisma Chase Perdana, Wisma UOA Damansara, Wisma HELP, Menara Yayasan ECM Libra, bagunan MRT Corp dan bagunan Indah Water Konsortium. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Damansara Endah, Semantan Villas, Idamansara dan Gereja Pentecostal Calvary.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Muzium Negara)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh
(Pavillion-Pusat Bandar Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T819, T821 dan T850 berkhidmat di stesen ini.